Dua warga Filipina kantoi miliki dadah ditahan - Utusan Malaysia

Dua warga Filipina kantoi miliki dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK – Polis menahan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai memiliki dadah di Ladang Tingkayu di sini semalam.

Kedua-dua lelaki warga Filipina berusia 19 dan 25 tahun ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Baharin Md. Tahir berkata, ketika serbuan, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, pihaknya menahan motosikal tersebut dan kemudian memperkenalkan diri sebagai polis namun suspek tiba-tiba cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai dalam perjalanan ke Ladang Benta Wawasan di Tawau dari Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Baharin, pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek berusia 25 tahun itu menemukan dua paket dadah jenis Syabu di dalam beg silang dipakai lelaki itu..

Katanya, syabu seberat 100.55 gram dianggarkan bernilai RM15,082.50 turut dirampas.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan,”katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini