Dua wanita 50-an antara ditahan berjudi - Utusan Malaysia

Dua wanita 50-an antara ditahan berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua wanita antara empat yang ditahan dalam satu serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sebuah kondominium di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini semalam.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, dua wanita berusia lingkungan 50-an tersebut merupakan pemain manakala dua lagi disyaki bertindak sebagai penjaga premis.

“Semakan mendapati penjaga tersebut merupakan warga Indonesia yang diupah dengan bayaran sebanyak RM1,300 sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelbagai barang telah dirampas seperti komputer riba, tablet, telefon bimbit, modem serta wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rohazah berkata, modus operandi digunakan premis judi haram itu adalah penjaga premis akan turun ke bawah mengambil individu yang hendak bermain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ujarnya, siasatan mendapati kegiatan itu dijalankan di tingkat 23 kondominium terbabit sejak seminggu lalu.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a)Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini