Dua suspek utama dikehendaki - Utusan Malaysia

Dua suspek utama dikehendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Dua individu merupakan suspek utama dalam beberapa kes jenayah sekitar Mei lalu dicari bagi membantu siasatan.

Dua suspek utama yang dikehendaki itu ialah Lim Tze Loon, 36, dan Muhammad Khussaini Dulmat atau dikenali sebagai Husin,24.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek pertama, Tze Loon yang beralamat di Paya Terubong, Ayer Itam dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes culik pada 9 Mei lalu di Klang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala, Muhammad Khussaini yang beralamat di Kg. Sri Andalas, Jalan Klang Puchong dekat sini dikesan bagi membantu siasatan jenayah samun ragut pada bulan yang sama di sekitar Klang.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun ragut,” ujarnya.

Tambah Shamsul Amar, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kedua-dua suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini