THE HAGUE – Seorang juruterbang dan penumpang maut selepas pesawat ringan bersejarah terhempas ekoran berlanggar kapal terbang lain di padang, selatan Belanda hari ini. Pesawat The Piper Super Cub tersebut milik muzium penerbangan berhampiran bandar Breda. Pesawat itu berlanggar dengan sebuah lagi Piper sebelum terhempas ke bawah sekitar pukul 1 petang. Kedua mangsa dalam pesawat itu maut manakala kapal terbang kedua dapat membuat pendaratan kecemasan. – AFP










