KUANTAN – Perjalanan pulang dua rakan selepas berhari raya secara berkonvoi berakhir tragedi apabila dilanggar selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23, Maran dekat sini Khamis malam. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, kejadian pada 10.15 malam itu menyebabkan Hamdan Mat, 47, maut ditempat kejadian manakala Mohammad Shahrizan Ahmad, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Jengka. Manakala seorang lagi rakan mereka Abu…










