SIHANOUKVILLE – Dua lelaki yang masih hidup dikeluarkan selepas lebih dua hari terperangkap dalam runtuhan bangunan yang mengorbankan sekurangnya 25 orang, di sini sebentar tadi.
Dua mangsa tersebut berjaya terselamat meskipun pasukan penyelamat tidak berharap akan menemukan lagi mangsa yang hidup.
Harapan bahawa lebih banyak orang terselamat di bawah runtuhan semakin pudar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengarahkan pemeriksaan pada semua tapak pembinaan di bandar pantai yang dibawah pembangunan pesat pembiayaan China. – AFP











