Draxler nafi sertai Tottenham - Utusan Malaysia

Draxler nafi sertai Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAINZ – Pemain tengah Jerman, Julian Draxler menafikan dia akan menyertai Tottenham sebaliknya menegaskan mahu terus kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG).

“Saya gembira di sini bersama kelab dan jurulatih yang hebat.

“PSG adalah pasukan yang positif dan banyak perkara boleh berlaku setiap hari dan saya tidak rasa ada orang mahu menyingkirkan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Persediaan saya sama seperti sebelum ini dan bersedia untuk perbincangan bagi kontrak baharu,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Sebelum ini Draxler dikaitkan dengan Bayern Munich, Bayer Leverkusen dan Tottenham namun pemain tengah itu menegaskan bahawa dia berminat untuk menyambung kontrak di Paris selepas tamat pada 2021.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini