Dr. Mahathir hadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir hadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Dalam sesi itu, para pemimpin negara anggota ASEAN membincangkan isu berkaitan tema sidang kemuncak berkenaan iaitu ‘Memperkukuhkan Kerjasama bagi Kelestarian’, termasuk kaedah untuk membina Komuniti ASEAN yang kukuh, berpaksikan rakyat, memastikan tiada yang ketinggalan dan melangkah arah masa depan yang gemilang.

Ketika berucap, Prayuth berkata, perubahan pantas di rantau ini mengkehendaki semua negara anggota ASEAN untuk meneroka dan menangani isu ke arah memperkukuhkan ASEAN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat keperluan untuk menyediakan komuniti ASEAN dalam berdepan pelbagai ketidaktentuan di peringkat serantau dan global.

“Kita perlu mencari cara untuk mengubah cabaran ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengambil bahagian dalam perjumpaan bersemuka dengan wakil daripada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Belia ASEAN dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).

Malam ini, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menghadiri majlis jamuan gala yang dianjurkan oleh Prayuth bagi pemimpin ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini