CHICAGO 6 Jun – Seorang doktor di Ohio didakwa atas pertuduhan membunuh 25 pesakit dengan memberi suntikan ubat penahan sakit, opiod berdos tinggi sehingga menyebabkan mangsa mati. AFP melaporkan, William Husel didakwa melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat di Hospital Mount Carmel di bandar Midwestern, Columbus. Bercakap kepada pemberita, Pendakwa Raya, Ron O’Brien memberitahu, berdasarkan siasatan dalaman, tertuduh didapati memberi fentanyl, yang merupakan opiod berbahaya, melebihi 500 mikrogram kepada pesakit. Bertindak…










