Dinding runtuh, enam kanak-kanak jalanan maut - Utusan Malaysia

Dinding runtuh, enam kanak-kanak jalanan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA – Enam kanak-kanak jalanan yang tidur dalam longkang maut selepas dinding tumbang menimpa mereka, di Uganda semalam.

Jurucakap Timbalan Polis, Luke Owoyesigire berkata, dinding tersebut tumbang berikutan hujan yang lebat.

“Enam kanak-kanak mati serta-merta dan dua mengalami kecederaan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, pasukan penyelamat polis berada di tempat kejadian untuk memeriksa sama ada terdapat lagi mangsa tertimbus dibawah runtuhan.

“Polis juga sedang mengenal pasti identiti kanak-kanak terlibat dan mengesan keluarga mereka,” ujarnya.

Menurut Owoyesigire, ia merupakan insiden kedua selepas lima sekeluarga maut ditimpa dinding ketika tidur dalam pondok tanah liat pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini