Didakwa bunuh pemandu Grab - Utusan Malaysia

Didakwa bunuh pemandu Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN – Dua pekerja cuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab pada bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh iaitu Amru Al Asy Japri, 24, yang merupakan warga tempatan dan warga Filipina, Arsit Indanan, 20, di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Dua lelaki itu didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam kereta jenis Proton Saga FLX di tepi Jalan Marabahai, Tuaran antara pukul 4 pagi hingga 5 pagi, 25 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×