Depot peluru meletup, pemindahan seluruh bandar - Utusan Malaysia

Depot peluru meletup, pemindahan seluruh bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUR-SULTAN – Seramai 40,000 orang dipindahkan dan berbelas lagi dimasukkan ke hospital selepas siri letupan di depot peluru di selatan Kazakhstan hari ini.

Kementerian Pertahanannya dalam kenyataan berkata, letupan tersebut berhampiran bandar Arys berpunca daripada kebakaran.

Katanya, ia menyebabkan letupan sebahagian simpanan peluru berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada kematian atau kecederaan direkodkan,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, Radio Free Europe melaporkan lebih 50 dimasukkan ke hospital menurut sumbernya.

Sementara itu, Ketua Wilayah Turskestan, Umirzak Shukeyev berkata, mengikut skala insiden, pihaknya melihat perlu memindahkan semua orang di bandar itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini