'Demam Bossku' landa penduduk Machang - Utusan Malaysia

‘Demam Bossku’ landa penduduk Machang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Kemeriahan Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Machang di sini malam tadi diserikan lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan Najib kira-kira pukul 8 malam disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri , Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh serta kepimpinan Pas Kawasan yang memeriahkan sambutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis berkenaan mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri kira-kira 10,000 tetamu yang berkumpul sejak pukul 6.30 petang.

Sebaik sahaja tiba, Najib menarik perhatian ribuan pengunjung yang secara spontan membuat laungan ‘malu apa Bossku’.

Malah tetamu yang hadir juga sanggup berebut-berebut untuk bertemu, bersalam dan berswafoto bersama Najib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini