MACHANG – Kemeriahan Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Machang di sini malam tadi diserikan lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketibaan Najib kira-kira pukul 8 malam disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri , Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh serta kepimpinan Pas…









