DBKL 'sapu bersih' penjaja asing di sekitar ibu kota - Utusan Malaysia

DBKL ‘sapu bersih’ penjaja asing di sekitar ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan penjaja tanpa lesen terutama penglibatan warga asing di dalam aktiviti perniagaan di sekitar ibu kota, semalam.

DBKL menerusi catatan di Facebook berkata, tindakan menerusi Operasi Tegas siri ke-22 itu dilaksanakan di sekitar Jalan Haji Hussein, Chow Kit dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Katanya, seramai lima orang warga Indonesia yang bertindak sebagai pembantu gerai telah ditahan untuk tindakan lanjut oleh agensi berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak tujuh tindakan sita pelbagai barangan perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 46 – Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Antara barangan yang disita adalah kerusi, meja, payung dan gerai perniagaan dan semua barangan yang di sita telah di hantar ke Stor Sitaan DBKL,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tindakan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membasmi permasalahan tersebut.

Selain Chow Kit, operasi sama turut dilakukan di Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, Setapak; Jalan Hang Lekir, Jalan Sultan dan Jalan Petaling pada Jumaat dan Khamis lalu yang menyaksikan penahanan 23 orang warga asing selain merampas barang-barang perniagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini