KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif sebagai Pengerusi PLUS yang baharu berkuat kuasa, semalam. Mohamad Nasir menggantikan Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim yang memilih untuk bersara semalam setelah hampir 17 tahun menerajui Kumpulan PLUS. PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, Mohamad Nasir yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PLUS sejak 31 Disember 2013 memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Wang Simpanan…










