SEREMBAN – Polis menahan dua pasangan suami isteri dipercayai pengedar dadah di daerah ini dalam dua operasi berasingan baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Pang Jin Lai berkata, tangkapan pertama melibatkan sepasang suami isteri berusia 38 dan 32 tahun pada 29 Mei lalu. Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan semasa menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC di hadapan rumah mereka di Taman Bakawali di sini kira-kira pukul 3 petang. “Suspek lelaki cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan. Pemeriksaan ke atas beg silang dan beg tangan mereka menemukan kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya