Curi barang kemas RM5 juta guna saluran udara - Utusan Malaysia

Curi barang kemas RM5 juta guna saluran udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan barang kemas bernilai lebih RM5 juta selepas memecah masuk sebuah kedai emas menggunakan saluran udara premis itu di Pusat Komersial Seksyen 7 di sini.

Kejadian tersebut hanya disedari pemiliknya yang berusia 45 tahun ketika dia mahu membuka premis kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, penjenayah terbabit memasuki premis itu melalui saluran udara premis tersebut sebelum memanjat siling untuk ke bilik kebal yang menempatkan barang kemas.

“Penjenayah kemudiannya menebuk pintu bilik kebal menggunakan alat penebuk besi sebelum melarikan barang kemas dalam empat peti besi. 

“Anggaran awal kerugian bernilai RM5 juta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. 

Kosmo! Online difahamkan kumpulan penjenayah itu kemudiannya dipercayai melarikan diri menggunakan pintu belakang premis tersebut.

Tambah Baharudin, berdasarkan modus operandi dipercayai jenayah itu dilakukan penjenayah profesional dan secara berkumpulan.

“Bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan, penjenayah turut melarikan alat perakam televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini