TOKYO – Syarikat kenderaan Jepun, Toyota mencipta robot seperti manusia gergasi yang mencatatkan dalam Guinness World Record dengan 2,020 lontaran bebas berterusan, baru-baru ini. Lapor Mail Online, robot manusia yang dipanggil Cue 3 dengan ketinggian 2.1 meter juga boleh melontar tiga mata namun ia tidak boleh bergerak. Toyota memilih menyempurnakan 2,020 lontaran sebagai penghormatan kepada Temasya Olimpik 2020 yang diadakan di Tokyo.










