Cubaan seludup diesel gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup diesel gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 500 liter minyak diesel ke negara jiran menerusi jeti di Pasar Umum, Sandakan, Sabah awal pagi ini.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 11 pagi itu dilakukan sepasukan anggota PPM yang memantadi kawasan terbabit selepas menerima maklumat mengenai penyelewengan minyak.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, susulan itu, sebuah lori yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil pemeriksaan menemukan 25 bekas jerikin berisi diesel dalam ruang kargo bahagian belakang lori yang bertutup.

“Pihak kita kemudiannya menahan pemandu lelaki tempatan yang berusia 50 kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran sah untuk membawa barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Minyak tersebut disyaki cuba diseludup ke negara jiran dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,300,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan markas operasi PPM untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini