LAUSANNE – Coca-Cola dan firma produk tenusu China, Mengniu menandatangani perjanjian untuk menjadi penaja pada Sukan Olimpik bermula tahun 2021 hingga 2032, umum Ketua IOC, Thomas Bach, hari ini.
Menurut Bach, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mahupun kedua-dua syarikat berkenaan, bagaimanapun, tidak pula menyatakan jumlah perjanjian tersebut, tetapi ia merupakan satu jalinan kerjasama yang pertama di bawah program Olimpik TOP.
“Setelah menjalinkan kerjasama yang cukup lama dengan jenama terkenal Amerika Syarikat, Coca-Cola dan kali ini sebuah syarikat dari China, Mengniu turut menyertai Program Top yang merupakan contoh terbaik bagi menyatukan semangat Olimpik.
“Kerjasama ini akan memberi satu lagi dimensi baharu bagi mempromosi nilai Sukan Olimpik di seluruh dunia,” kata Bach. – AFP











