Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak menanam 1,000 pokok cili di kawasan masjid itu bagi menjana pendapatan masjid dan jemaahnya. HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa tersebut bermaksud tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk berjaya. Itulah yang boleh digambarkan kepada usaha ahli jawatankuasa Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak yang mengorak langkah baharu dalam usaha menjana pendapatan kepada masjid. Kawasan masjid yang siap dibina…










