LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap ada pemain Malaysia yang mampu meleburkan rekodnya selaku pemain yang menghuni ranking No. 1 dunia paling lama. Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu menerima pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book of World Records atas pencapaian cemerlangnya apabila muncul sebagai satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking No. 1 dunia selama 348 minggu atau enam tahun lapan bulan. Chong Wei juga pernah berada…










