ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan lokaliti baharu penyakit chikungunya iaitu di Simpang Kuala di sini dengan empat pesakit disahkan positif penyakit itu. Pertambahan empat kes tersebut menjadi jumlah keseluruhan pesakit positif chikungunya di kawasan rumah kedai berhampiran City Plaza di sini dan lokasi baharu seramai 19 orang. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan penyakit disyaki chikungunya dalam kalangan peniaga dan…