Chikungunya: Hapus tempat pembiakan nyamuk - Utusan Malaysia

Chikungunya: Hapus tempat pembiakan nyamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan memastikan lokasi wabak penyakit chikungunya di kawasan rumah kedai berhampiran pusat beli-belah City Plaza di sini bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd. Zohdi Saad berkata, langkah pencegahan awal bagi mengelakkan wabak itu daripada terus menular telah dilakukan bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar.

“Kita telah membuat pemeriksaan di semua lokasi berisiko dalam kawasan wabak ini seterusnya memusnahkan tempat pembiakan nyamuk yang ditemui.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, PKD Kota Setar juga telah melakukan semburan kabus di lokasi wabak baru-baru ini,” katanya ketika ditemui selepas meninjau rumah kedai terlibat bersama kira-kira 50 kakitangan MBAS dan PKD Kota Setar di sini hari ini.

Beliau dan Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai turut menyembur racun serangga di kawasan premis tersebut.

Kata beliau, langkah pencegahan aktif itu penting dalam memastikan wabak tidak merebak ke kawasan lain.

“Setakat ini, wabak chikungunya hanya berlaku di kawasan ini dengan 15 kes disahkan positif penyakit berkenaan dan kita berharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan di semua lokasi berisiko termasuk rumah kedai terbiar.

“Kita juga meminta kerjasama semua peniaga supaya menjaga kebersihan di premis masing-masing,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan seramai sembilan lagi penduduk di sekitar rumah kedai berhampiran City Plaza dikesan mengalami gejala chikungunya menjadikan jumlah keseluruhan pesakit kini seramai 23 orang. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini