CBP bakal miliki 26 cawangan akhir tahun ini - Utusan Malaysia

CBP bakal miliki 26 cawangan akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Co-opbank Pertama (CBP) bakal memiliki 26 cawangan baharu pada tahun ini di seluruh negara bagi memperluas rangkaian perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CBP, Mohd. Nor Abdul Razak berkata, CBP membuka secara rasmi satu cawangan baharu bank berkenaan di Temerloh, Pahang semalam yang merupakan cawangan ke-23 bank tersebut.

Selain Temerloh, tambah beliau, sebanyak tiga lagi cawangan CBP iaitu di Tanah Merah, Kelantan; Dungun, Terengganu dan Port Dickson, Negeri Sembilan kini berada dalam proses tender terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga lagi cawangan ini akan dibuka selewat-lewatnya akhir Disember ini dan CBP bakal memiliki 26 cawangan di seluruh negara akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri CBP Zon Utara di Penang Golf Resort, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat April ini, jumlah ahli CBP di seluruh negara ialah kira-kira 88,000 orang.

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan dengan pertambahan cawangan tahun ini, jumlah ahli akan turut meningkat sehingga 95,000 orang.

“Momentum peningkatan ahli ini disumbangkan dengan keyakinan orang ramai terhadap kecekapan pengurusan CBP serta penawaran pelbagai produk menarik bank ini,” katanya.

Tambahnya, Pulau Pinang menjadi negeri pertama tertinggi dari segi jumlah ahli yang mana mencapai 25,000 orang ketika ini.

Malah, katanya, negeri ini juga mempunyai empat cawangan iaitu yang terbanyak berbanding di negeri-negeri lain.

“Kedah menjadi negeri kedua bilangan ahli tertinggi iaitu sekitar 15,000 anggota,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini