Canon kongsi minat fotografi bersama penghuni rumah kebajikan - Utusan Malaysia

Canon kongsi minat fotografi bersama penghuni rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 38 kanak-kanak kurang bernasib baik dari tiga rumah kebajikan diraikan satu majlis bersempena Hari Kamera Negara anjuran Canon Pemasaran Malaysia Sdn. Bhd., di sini baru-baru ini.

Program yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC) itu merupakan usaha berterusan Canon Pemasaran Malaysia untuk menyumbang kembali kepada masyarakat selain menanam minat kepada kanak-kanak terhadap bidang fotografi.

Canon dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program itu melibatkan sesi pembelajaran mengenai asas dan teknik-teknik fotografi oleh Duta Pemuda Canon EOS dengan menggunakan seunit kamera yang diberikan untuk setiap kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Canon berbangga kerana bukan sahaja menyebarkan rasa minat terhadap bidang fotografi malah turut memupuk hubungan sosial yang lebih akrab kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini