RAUB – Kerajaan negeri menyifatkan cadangan pengambilan pekerja asing dari Afrika sebagai mengejutkan dan dikhuatiri menimbulkan pelbagai masalah lain. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, adalah lebih baik kerajaan meneruskan pengambilan pekerja asing dari negara luar sedia ada seperti Indonesia dan Bangladesh. “Tidak pernah berlaku lagi cadangan seperti ini, ia adalah cadangan julung kali dan mengejutkan kerajaan negeri. “Elok diberi keutamaan kepada pekerja-pekerja dari negara sedia ada…










