Burung gagak beraksi mirip seekor gorila jadi tular - Utusan Malaysia

Burung gagak beraksi mirip seekor gorila jadi tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Satu rakaman video luar biasa memaparkan aksi seekor burung gagak yang kelihatan seperti seekor gorila menjadi tular di internet, lapor akhbar The Sun.

Aksi burung itu menjadi tular selepas rakaman tersebut dimuat naik ke laman-laman media sosial, dengan netizen terutamanya pengguna Twitter berasa keliru dengan apa yang mereka saksikan.

Klip video tersebut menjadi popular dalam masa yang singkat dan menerima 247,000 like selain dikongsi pengguna internet sebanyak 111,000 kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Burung gagak berkenaan turut dijadikan gambar lucu oleh netizen yang rata-rata tidak menyangka haiwan tersebut boleh menunjukkan gaya hebat.

Seorang pakar, Kaely Swift menerangkan kepada pengguna Twitter bahawa burung gagak boleh ditemui dengan gaya tersebut.

“Ini adalah burung gagak paruh besar, sebab itulah wajahnya kelihatan tidak sekata. Apa yang ia lakukan adalah sedang berjemur dengan menurunkan sayap serta ekornya. Jika gambar dirakam pada sudut yang tepat, ekor dan kaki burung ini kelihatan seperti telah hilang,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini