PARIT – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 23 bungkus plastik berisi daun ketum seberat 115 kilogram di Jalan Kampung Sungai Buaya di Seberang Perak di sini semalam. Lelaki berusia 33 tahun yang memandu kereta Proton Saga itu ditahan pada pukul 2.50 petang untuk pemeriksaan oleh kereta peronda polis (MPV) setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, pemeriksaan badan ke atas suspek…










