Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi berikutan aktiviti jualan dan pengambilan untung dalam saham wjaran tinggi, terutama di kaunter berkaitan kewangan.

Pada 12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.81 mata kepada 1,673.32 daripada 1,676.13 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka 0.31 mata lebih rendah pada 1,675.82, menyaksikan urus niaga turun naik dengan indeks bergerak kepada serendah 1,672.41 dan setinggi 1,677.76 sepanjang sesi pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu sebanyak 376 berbanding 258, manakala 357 kaunter tidak berubah, 926 tidak diniagakan dan 42 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 938.53 juta unit bernilai RM674.73 juta.

Kalangan pengambil untung dilihat secara aktif memanfaatkan kenaikan baru-baru ini untuk mengaut untung dan pada masa yang sama memantau perkembangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China menjelang pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G20 minggu ini di Jepun.

Duta China ke AS Cui Tiankai pada Selasa berkata, Beijing bersedia meneruskan perbincangan perdagangan dengan Washington untuk mencapai persetujuan bagi menamatkan pertikaian perdagangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini