Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi dalam sentimen positif susulan pertemuan yang dijadualkan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping tidak lama lai bagi membincangkan kaedah meredakan ketegangan perdagangan.

Para pegawai Amerika Syarikat dan China akan memulihan rundingan perdagangan sebelum Sidang Kemuncak G20 bermula di Osaka, Jepun pada 28 dan 29 Jun.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.89 mata atau 0.53 peratus untuk ditutup pada 1,675.43 berbanding 1,666.54 pada penutupan Rabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks dibuka 5.71 mata lebih rendah pada 1,660.83 pagi ini dan bergerak antara 1,660.83 dan 1,675.43 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 berbanding 353, manakala 380 kaunter tidak beubah, 677 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun merosot kepada 2.27 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 2.42 bilion unit bernilai RM2.34 bilion semalam. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini