KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi susulan tekanan jualan berterusan, ekoran tiada pemangkin baharu yang boleh menggerakkan pasaran.
Pada 12.30 tengah hari. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.85 mata kepada 1,673.76 berbanding 1,676.61 pada penutupan Selasa, susulan kerugian berterusan saham wajaran tinggi yang diketuai Tenaga, Press Metal Aluminium dan Sime Darby Plantation.
Secara menyeluruh, kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 387 berbanding 220, manakala 385 kaunter tidak berubah, 901 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.04 bilion unit bernilai RM601.90 juta.
Semua sektor berkaitan indeks merosot kecuali kewangan, dengan kaunter wajaran tinggi saham Hong Leong dan RHB Bank, mencatat peningkatan.
Hong Leong menokok dua sen kepada RM19.02 dan RHB Bank untung satu sen kepada RM5.59.
Perhatian pelabur beralih kepada pertumuan antara Pesiden Donald Trump dan rakan sejawatannya, Xi Jinping pada sidang kemuncak G20 di Jepun, bagi melihat jika kedua-dua pemimpin itu dapat memberi harapan dalam rundingan perdagangan yang kini menemui jalan buntu.
Antara saham wajaran tinggi. Tenaga merosot 16 sen kepada RM13.84, Press Metal Aluminium susut lapan sen kepada RM4.37 manakala Sime Darby Plantation dan MISC masing-masing turun tiga sen kepada RM4.85 dan RM7.18.
Bagi saham aktif. Lambo dan V.S Industry masing-masing kekal pada 6.5 sen dan RM1.12.
Sementara itu, Focus Dynamic meningkat 2.5 sen kepada 18.5 sen.
Indeks FBM Emas merosot 21.94 mata kepada 11,785.28, Indeks FBMT 100 turun 21.00 mata kepada 11,641.20 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 32.49 mata kepada 12,131.08.
FBM 70 susut 31.01 mata kepada 14,604.42, namun FBM Ace meningkat 0.88 mata kepada 4,392.89.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 6.20 mata kepada 16,713.13, manakala Indeks Perladangan merosot 14.67 mata kepada 6,961.59 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan susut 0.47 mata kepada 160.56. – BERNAMA











