Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dengan indeks petunjuk pasaran berada pada prestasi positif selepas turun naik antara keuntungan dan kerugian sepanjang hari, berikutan aktiviti belian di saat-saat akhir menyokong saham wajaran tinggi terpilih didahului Tenaga, CIMB dan IOI Corp.

Ketika ditutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.48 mata untuk ditutup kepada 1,676.61 berbanding 1,676.13 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks tersebut yang dibuka susut 0.31 mata kepada 1,675.82, bergerak pada paras lebih rendah antara 1,672.41 dan 1,677.76 sepanjang sesi dagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 413 berbanding 364, manakala 394 kaunter tidak berubah dan 42 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot sebanyak 1.78 bilion unit bernilai RM1.75 bilion daripada 1.81 bilion unit bernilai RM1.68 bilion yang direkodkan semalam.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Pong Teng Siew berkata pasaran ternyata bergelut untuk melepasi paras rintangan semasa pada 1,675, yang dicatat pada minggu lepas.

“Banyak sektor meningkat hari ini seperti perladangan, pembinaan, telekomunikasi dan teknologi, namun kewangan, penjagaan kesihatan, tenaga dan produk pengguna, menyusut.

“Sektor kewangan berdepan pertumbuhan pinjaman yang lemah, walaupun pinjaman perumahan mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan,” katanya kepada Bernama hari ini. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini