Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dipengaruhi oleh prestasi lemah di Wall Street, yang menamatkan aliran meningkat paling lamanya dalam masa tempoh dua bulan.

Para pelabur memantau prospek rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan dasar kadar faedah Rizab Persekutuan AS selepas Presiden Donald Trump berkata pada Selasa beliau menangguhkan perjanjian perdagangan dengan China melainkan Beijing bersetuju dengan empat atau lima ‘perkara utama’ yang beliau tidak nyatakan.

Pada 9.07 pagi, petunjuk pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.35 mata kepada 1,643.85 daripada 1,651.20 pada 5 petang Selasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks utama itu dibuka 4.53 mata lebih rendah kepada 1,646.67.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 128 berbanding 81, dengan 185 kaunter tidak berubah, 1,494 tidak diniagakan dan 31 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 98.37 juta bernilai RM55.47 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata, susulan penurunan FBM KLCI semalam, pasaran mula menyusut dalam keadaan petunjuk teknikal positif selepas berada dalam aliran meningkat beberapa minggu lepas.

“Trend baharu muncul, yang kemungkinan akan berlaku penurunan dalam tempoh terdekat yang boleh mencetuskan lebih banyak aktiviti pengambilan untung dalam tempoh terdekat.

“Masih ada sedikit ruang bagi peningkatan, bukan hanya disebabkan keadaan positif tetapi juga berikutan penilaian saksama susulan peningkatan lebih daripada empat peratus baru-baru ini,” kata firma penyelidikan itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini