JOHOR BAHRU – Hayat seorang wanita berakhir dalam keadaan tragis apabila mayatnya disumbat ke dalam kotak sebelum dibalut dengan kanvas plastik dan disimen menggunakan kapur siling angkara perbuatan teman lelakinya yang berpunca daripada cemburu buta.
Kotak berisi mayat wanita berusia 33 tahun itu kemudian dibuang di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Setia Indah di sini sebelum ditemui kelmarin dalam keadaan sudah berbau.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, penemuan mayat wanita itu terbongkar susulan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa mengenai kes kehilangan seorang wanita dikenali sebagai Chong dari Taman Sri Putri di sini sejak 28 Mei lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











