Bot nelayan jenis lampu ditahan langgar syarat lesen - Utusan Malaysia

Bot nelayan jenis lampu ditahan langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Sebuah bot nelayan tempatan jenis lampu ditahan pada jarak kira-kira 0.8 batu nautika dari Barat Daya Pulau Rimau di sini kira-kira pukul 4.35 petang semalam kerana gagal mempamerkan lesen yang sah dan disyaki beroperasi dengan lesen telah tamat tempoh.

Ketika ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), bot itu membawa seorang tekong lelaki warga Thailand berumur 35 tahun dan seorang kru lelaki Kemboja berumur 49 tahun.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di perairan negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang awam bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian jenayah, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini