Bos Gaurus terima habuan RM150,000 - Utusan Malaysia

Bos Gaurus terima habuan RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Skuad Perak menerima bonus sebanyak RM150,000 sebagai ganjaran setelah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA.

Pemberian bonus itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu setelah menerima kunjungan barisan pemain dan jurulatih serta pengurusan pasukan The Bos Gaurus di kediaman rasminya awal pagi tadi.

Menurut Ahmad Faizal, beliau berbangga dengan kejayaan pasukan Perak menundukkan Pahang dengan agregat 4-3 dalam perlawanan di Stadium Perak semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bonus kedua juga menanti pasukan itu sekiranya mereka berjaya menjulang Piala FA.

“Saya rasa sangat bangga Perak mampu bangkit dan menunjukkan aksi cemerlang untuk mengalahkan Pahang di Ipoh.

“Oleh itu, kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM150,000 buat semua yang terlibat dalam pasukan ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebelum itu memohon maaf berikutan tidak hadir menyaksikan perlawanan kerana menghadiri Majlis Rumah Terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia peringkat nasional di Kulim, Kedah.

Beliau yang tiba di kediaman rasminya pada pukul 12.45 tengah malam bagaimanapun meluangkan masa bertemu dengan keseluruhan pasukan Perak sebelum membuat pengumuman bonus tersebut.

Dalam perlawanan timbal balik separuh akhir kedua semalam, Perak menewaskan Pahang dengan jaringan 3-0 untuk mengatasi agregat 4-3 di hadapan lebih 20,000 penyokong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini