Bongkar duit ‘busuk’ - Utusan Malaysia

Bongkar duit ‘busuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Ramai
tidak menyangka rupanya aktiviti mengutip sampah dari rumah ke rumah sebenarnya menjana pendapatan yang sangat lumayan. Tidak ramai yang sanggup bekerja sebagai pengutip sampah mahupun menjadi usahawan sampah.

Pembongkaran SPRM dalam kes terbaru berkaitan sebuah syarikat kepentingan kerajaan di utara tanah air mendedahkan bahawa kontrak pungutan sampah atau sisa pepejal ini melibatkan peruntukan ratusan juta ringgit.

Ia sebenarnya suatu industri yang penting dan menjana pendapatan yang amat lumayan bagi usahawan sampah. Rahsia ini hanya dikongsi oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan dimonopoli oleh syarikat-syarikat tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bayangkan untuk dua negeri di utara sahaja peruntukan yang dibayar kerajaan berjumlah RM360 juta. Dianggarkan secara purata sebanyak lebih RM1 bilion diperuntukkan untuk pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

Melihat kepada jumlah peruntukan yang tinggi dan kuasa monopoli yang ada, maka ia membuka ruang dan peluang rasuah yang cukup luas.

Pemilihan kontraktor-kontraktor walaupun dibuat secara tender terbuka namun ia tetap diberikan kepada kroni-kroni yang sanggup menyumbangkan 1-2 % sebagai suapan rasuah kepada pihak berkuasa.

Satu% mungkin kecil angkanya. Namun 1 % daripada RM360 juta setahun bermakna RM3.6 juta setahun wang rasuah bertukar tangan. Bagi kontraktor-kontraktor yang enggan menghulurkan sumbangan, mereka ini akan dipinggirkan.

Bayangkan setelah terpaksa mengeluarkan modal membeli lori-lori sampah yang dianggarkan bernilai RM350,000 sebuah, menggajikan puluhan pekerja dan penyewaan tapak-tapak pelupusan, kontrak mereka ini ditamatkan dan digantikan syarikat-syarikat bernilai RM2.00 yang tiada peralatan, tiada pengalaman dan kurang pekerja.

Akhirnya, bagi meneruskan kelangsungan perniagaan, syarikat-syarikat berkemampuan ini terpaksa menerima syarat sub-kontraktor daripada syarikat-syarikat kroni.

Baru-baru ini, beberapa syarikat dan individu terlibat telah mengadakan bantahan menerusi laman-laman sosial mengadu-domba permasalahan mereka. Ada yang menyuarakan bantahan agar pihak pengurusan syarikat yang memegang konsesi dilucutkan kerana rasuah dan penyelewengan.

Syarikat-syarikat kroni yang mendapat perlindungan pihak berkuasa juga dikatakan membuat tuntutan palsu dari segi jumlah tan sampah dipungut sehingga mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit setahun.

Syabas diucapkan kepada SPRM atas tindakan pembongkaran isu ini. Kerajaan wajar melihat semula sistem dan prosedur pelantikan kontraktor terbabit agar syarikat-syarikat yang layak dan berkemampuan sahaja yang terpilih.

JOHAN KAY ABDULLAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini