BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 25 JUN 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 25 JUN 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tidak mempertikaikan keikhlasan kerajaan melalui Kementerian Kewangan untuk menurunkan harga kadar bayaran tol di seluruh negara melalui langkah mengambil alih lebuh raya bertol di seluruh negara.

Tetapi Awang berharap ia akan dilakukan secara berhati-hati dan bukan sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat, kerajaan sedang berusaha menurunkan kadar tol seperti mana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.

Berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi, mereka tidak senang dengan langkah kerajaan mahu mengambil alih lebuh raya tol  kerana ia hanya akan menambah bebanan hutang kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun kerajaan berkata, pengambil alihan itu tidak melibatkan sebarang kos daripada kerajaan, sebaliknya akan dibiayai menerusi kutipan tol tetapi kerajaan sepatutnya tidak harus ambil risiko.

Justeru Awang bersetuju dengan pandangan pakar ekonomi bahawa kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat yang mereka bakal perolehi jika pengambil alihan itu dilakukan kerana kita bosan mendengar alasan apabila kadar tol terus gagal diturunkan, apatah lagi dihapuskan.

AWANG – Tak suka janji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini