BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 24 JUN 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 24 JUN 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALAH satu lokasi percutian Awang ialah Pulau Langkawi. Pulau Legenda itu banyak tarikannya, tetapi kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa dadah bebas dibawa masuk ke situ sudah pasti membimbangkan kita.

Kalau mengikut kenyataan Abdul Hamid, masalah dadah tersebut agak serius sebab itulah beliau berkata, “Jika masalah lambakan barang terlarang itu tidak dibanteras segera, tidak mustahil pulau peranginan terkenal tersebut menjadi ‘gedung’ dadah, satu hari nanti”.

Oleh itu Awang amat berharap, usaha membanteras gejala dadah di Pulau Langkawi dilakukan secara komprehensif. Penduduk di pulau berkenaan khususnya anak muda tidak boleh dibiarkan terdedah dengan kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang bimbang jika masalah dadah ini berterusan dan begitu mudah dibawa masuk, ia akan menjejaskan nama baik Langkawi sehingga akhirnya menakutkan pelancong-pelancong datang ke situ.

Pulau Langkawi perlu terkenal sebagai pulau bebas cukai dan mempunyai alam semula jadi cukup menakjubkan, bukannya pulau yang bebas untuk sindiket dadah menjalankan kegiatan jenayah mereka.
 
Awang – Suka naik kereta kabel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini