Bieber cabar Tom Cruise bertarung dalam UFC - Utusan Malaysia

Bieber cabar Tom Cruise bertarung dalam UFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Bintang pop, Justin Bieber mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mencabar bintang Hollywood, Tom Cruise untuk bertarung dengannya dalam kejuaraan Ultimate Fighting Championship (UFC).

Memetik laporan Nzherald, Bieber, 25, meluahkan keinginannya itu menerusi satu kenyataan dalam Twitter.

“Saya mencabar Tom Cruise untuk bertarung dengan saya di octagon.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tom jika anda tidak menyahut cabaran ini, anda penakut. Siapa sanggup sahut cabaran ini?,” tulisnya.

Cruise setakat ini tidak memberi apa-apa maklum balas terhadap perkara berkenaan.

Bagaimanapun bintang UFC, Conor McGregor berkata beliau sedia menjadi penganjur perlawanan tersebut.

“Jika Tom Cruise berani menyahut cabaran ini, McGregor Sports and Entertainment bersedia menganjurkannya,” tulisnya di Twitter.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini