Bersyukur, berjaya berpuasa tanpa gangguan - Mahathir - Utusan Malaysia

Bersyukur, berjaya berpuasa tanpa gangguan – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan, dan seterusnya dapat merayakan Aidilfitri yang disambut esok dengan sempurna.

Jelas beliau ramai umat Islam tidak dapat berpuasa, kerana keadaan di negara mereka yang tidak stabil, menghadapi kebuluran, bahkan mereka terdedah kepada ancaman, yang mungkin meragut nyawa dan menghadapi maut.

“Sebaliknya kita di sini pada hari raya akan nikmati makanan dan juadah. Sesungguhnya nasib kita orang Islam di negara ini amatlah baik. Tanpa usaha dari kita pun, kita dapat banyak nikmat. Kita merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan gembira dan senang lenang di negara bertuah ini,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2019 yang disiarkan di saluran televisyen tempatan malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri turut menasihati rakyat agar terus berusaha, kerana tanpa usaha tidak mungkin kita akan kekal selesa. 

Katanya, Allah tidak akan memakbulkan doa dan permohonan kita, melainkan kita sendiri berusaha untuk memperbaiki nasib. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini