KUANTAN – Jemaah haji tahun ini diingatkan supaya bersedia bagi menghadapi jangkaan cuaca panas di Arab Saudi dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, semua jemaah haji terlibat khususnya dalam kalangan wanita perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi keadaan cuaca panas di negara itu. “Semua jemaah haji khususnya wanita perlu bersedia dengan menyediakan baju daripada kain kapas (cotton) yang serap peluh dan…










