ARAU – Mirza Irdiana Hafizuddin,12, pernah dua kali kecewa pulang dengan tangan kosong menerusi kategori tilawah al-Quran peringkat sekolah rendah dalam Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Kebangsaan sebelum ini. Namun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Selancar Satu, Rompin, Pahang itu tidak pernah berputus asa dan terus berusaha dengan harapan dia bakal bergelar qariah terbaik pada satu hari nanti. Anak pasangan Hafizudin Md. Ideris, 38, dan Khuzaimah Abdullah, 37, itu…










