PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan dicadangkan untuk turut menekankan pendidikan moral dalam kalangan pelajar Islam di sekolah sebagai usaha membentuk generasi muda yang lebih berakhlak mulia. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut ke peringkat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat bagi memastikan ia dapat direalisasikan secepat mungkin. “Jika kita lihat sikap moral, sopan santun, adat hormat-menghormati sudah pupus di kalangan anak muda, walaupun tidak…










