Berhati-hati lalu jalan Gua Musang - Utusan Malaysia

Berhati-hati lalu jalan Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati melalui jalan Gua Musang yang dikenalpasti sebagai laluan kerap berlaku kemalangan terutamanya ketika musim perayaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pengguna jalan raya tidak harus menjadikan perjalanan pulang mereka ke kampung berakhir di Gua Musang.

Katanya, hasil siasatan kes kemalangan berpunca daripada faktor kecuaian pemandu itu sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rangkaian jalan di Gua Musang paling panjang di Kelantan dan tidak sesuai untuk memotong dan memandu laju terutama ketika hari hujan.

“Kita memberi peringatan kepada pemandu supaya mengikut peraturan jalan raya dan bersabar dalam pemanduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Op Selamat peringkat daerah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis, di sini semalam.

Beliau turut berbuka puasa bersama petugas keselamatan termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Hospital Gua Musang.

Sebanyak 200 bungkusan juadah berbuka pusa juga turut diagihkan kepada perantau di hentian rehat berkenaan.

Tambah Mohd. Taufik, bagi meningkatkan lagi keselamatan pengguna khususnya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis, pihaknya menubuhkan pasukan rondaan setiap masa.

Katanya, tumpuan rondaan itu di lokasi yang dikenalpasti sebagai kawasan panas dan kerap berlaku kemalangan sebelum ini termasuk kawasan selekoh.

“Kita sedih dengan kejadian kemalangan dua maut di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai selepas sehari pelancaran Op Selamat.

“Kemalangan dua maut itu mencacatkan Op Selamat peringkat daerah ini kerana kita mengharapkan kepulangan perantau menyambut hari raya Aidilfitri di kampung dengan selamat,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini