Bengkel Kemahiran Membaca Laju 20 Julai - Utusan Malaysia

Bengkel Kemahiran Membaca Laju 20 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) bakal menganjurkan Bengkel Kemahiran Membaca Laju di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 20 Julai ini.

PPM dalam satu kenyataan memaklumkan, kursus yang diadakan pada pukul 9 pagi hingga 5 petang itu bertujuan membantu peserta memahami dan mengingati isi kandungan bahan bacaan dengan lebih cepat.

“Antara pengisian kursus yang disediakan adalah konsep kemahiran membaca, latihan tubi untuk meningkatkan penumpuan mata, kefahaman bacaan serta ujian pasca.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 dan mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 03 9226 2506 untuk pendaftaran dan pertanyaan,” menurut PPM dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini