Belon udara panas tarikan sambutan raya GD Holdings - Utusan Malaysia

Belon udara panas tarikan sambutan raya GD Holdings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebanyak tiga belon udara panas menjadi tarikan utama kepada para orang ramai berkunjung ke sambutan Hari Raya Aidilfitri ‘Raya On Air’ anjuran pemaju hartanah, GD Holdings Sdn. Bhd. di Putra Nilai dekat sini selama tiga hari mulai semalam.

Orang ramai yang ingin menikmati pemandangan dari udara melalui dari atas belon tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM80 seorang.

Pengarah Urusan GD Holdings, Huan Woon Han berkata, aktiviti belon itu bermula pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam dan 7 pagi hingga 1 tengah hari untuk esok (Ahad).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memilih belon udara panas sebagai aktiviti sambutan hari raya kali ini untuk memberi peluang kepada orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar kawasan ini menikmati pengalaman yang belum pernah mereka rasai.

“Kami berharap sambutan hari raya kali ini akan lebih meriah dengan program Raya On Air kali ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Raya On Air di sini semalam.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.

Yang turut hadir, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD Holdings, Datuk Seri David Yeat Sew Chuong.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti trak makanan, permainan kanak-kanak, gerai fotografi dan persembahan nyanyian dan tarian.

Ketika ini, GD Holdings sedang membangunan The Youth City untuk kalangan belia dan wanita di negeri ini di kawasan tersebut.

The Youth City merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur GD Development Vision City bernilai RM1.3 bilion yang mengandungi empat menara dengan 3,213 unit pangsapuri perkhidmatan di atas tanah seluas 20 hektar di sini.

Syarikat itu yang menawarkan pangsapuri perkhidmatan bertaraf lima bintang dan dilengkapi dengan pusat membeli belah dan rumah kelab dengan harga jualan seunit serendah RM232,618 sehingga RM591,598. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini