KOTA KINABALU – Polis telah menahan dua lelaki yang merupakan suspek utama dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, yang tular di media sosial sejak semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt George Abd Rakman berkata, suspek berusia 67 dan 37 tahun itu ditahan pada Selasa lepas iaitu dua hari selepas kejadian pergaduhan berkenaan. “Dua suspek berkenaan akan dituduh di mahkamah esok dan polis masih…










